Sejarah


          SMK Landas mula dibuka pada tahun 1971. Sekolah ini diwujudkan bagi menampung keperluan pembelajaran peringkat menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5) untuk murid - murid dari tiga buah sekolah petempatan FELDA iaitu SKLKTP Jerangau, SK FELDA Bukit Bading dan SK FELDA Jerangau Barat selain murid - murid SK Peroh. Sebelumnya, murid - murid sekolah berkenaan menyambung persekolahan menengah di SMK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang.
          Pada asalnya sekolah ini hanya terdiri daripada 2 blok bangunan 2 tingkat, sebuah kantin dan sebuah bengkel. Bagi menampung pertambahan pelajar, bangunan ditambah dari semasa ke semasa. Tahun 1975, sekolah ini mendapat 1 blok 2 tingkat utuk bilik daarjah, makmal, bilik Sains Rumah Tangga dan makmal. Kemudian, tahun 1980 kerajaan menambah 1 blok 2 tingkat untuk bilik darjah dan bilik sumber. Tahun 1989 pula, sekolah ini mendapat 1 bangunan 1 tingkat (pasang siap) untuk bilik darjah. Disebabkan pertambahan pelajar yang amat ketara, pada tahun 1990 kerajaan menambah bangunan 3 tingkat bagi mengatasi persekolahan dua sidang.
          Pada Tahun 2003, sekolah ini mendapat peruntukan untuk membina 1 blok bangunan makmal 4 tingkat. Di sini terdapat makmal sains, makmal bahasa, makmal komputer dan bengkel MPV. Juga disediakan 1 blok bangunan 3 tingkat yang mengandungi bilik darjah, dewan terbuka dan bilik aktiviti persatuan dan kelab. Keperluan bilik darjah yang baru amat ketara pada masa itu ekoran pembukaan kelas untuk pelajar Tingkatan Enam. Pada tahun yang sama, pihak KETENGAH turut memberikan peruntukan untuk membiayai sepenuhnya projek pembinaan 1 dewan baru yang besar. Satu padang permainan baru juga disiapkan pada tahun yang sama. Pada tahun 2003 juga, kerajaan menambah 1 blok bangunan makmal komputer yang berasingan.
          Memandangkan sekolah ini berstatus sekolah luar bandar, sekolah ini antara yang mendapat peruntukan projek asrama desa daripada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Asrama Desa SMK Landas mula dibuka pada tahun 1991 dengan menempatkan 50 orang pelajar lelaki dan perempuan. SMK Landas telah menyaksikan perkembangan dan perubahan yang agak ketara dari 71 orang pelajar sewaktu sekolah ini dibuka, kini memcecah hampir 500 orang. Guru pula kini seramai 50 orang dan 14 orang kakitangan bukan guru.   
          Berikut ialah kronologi pengetua - pengetua di SMK Landas:
  • Hj Abdullah bin Mohamed, PJK (1971 - 1979)
  • Hj Abu Bakar bin Jusoh, AMN, PJK (1980 - 1982)
  • En Mohd Zakaria bin Harun (1982 - 1983)
  • Hj Muda bin Ali (1984 - 1988)
  • En Abdullah bin Ali (1988 - 1992)
  • Hj Muda bin Yusof, PJK (1992 - 1993)
  • En Ghazali bin Mohamed (1994 - 1995)
  • Hj Wan Ali bin Ngah, PJK (1996 - 2000)
  • Hjh Zainab binti Abd Rahman (2000 - 2000)
  • Hj Zahari bin Hj Nik, PJK (2000 - 2003)
  • Hj Mohamed bin Draman, PJK (2003 - 2007)
  • En Zulkifle bin Sulong (2007 - 2008)
  • En Awang bin Ibrahim (2008 - 2011)
  • Pn Hjh Wan Azizah binti Wan Mustaffa (2011 - 2012)